Powered by Blogger.

Blog Archive

[ TIPS ] Petua Menghilangkan Ketuat Di Kaki Dan Badan Tanpa Sakit Dan Berdarah.

Anda tahu cara tips petua cara hilangkan ketuat dengan berkesan? Anda ada masalah ketuat tak? Di bahagian kaki, tangan atau jari? Sebelum itu, anda tahu apa itu ketuat? Ketuat ini adalah sejenis penyakit kulit yang menjadikan permukaan kulit menjadi kasar dan berbonjol. Ketuat berpunca daripada virus Human Papilloma (HPV). Ketuat ini berbeza dengan Kutu Air. Ketuat selalu tumbuh di bahagian kaki, tangan, jari dan kadang-kadang juga ada tumbuh di bahagian badan yang lain seperti di muka, siku dan betis.

Bagaimana cara hilangkan ketuat di badan? Ketuat ini biasanya boleh hilang dengan sendiri dan biasanya tidak akan kekal sehingga setahun, cuma beberapa bulan sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat juga ketuat yang degil dan yang lebih teruk ialah ketuat ini boleh berjangkit.
Tips Petua Cara Hilangkan Ketuat Di Badan Dengan Berkesan
Tips dan Petua Cara Hilangkan Ketuat Dengan Berkesan:
  1. Ambil pasir di sungai atau pantai dan kemudian gosokan pasir di bahagian ketuat. Amalkan selalu dan ketuat anda akan beransur-ansur hilang.
  2. Di bahagian ketuat, sapukan getah yang diperoleh daripada pelepah betik. Selepas itu, biarkan sehingga kering dan amalkan selalu sehingga ketuat menjadi kering dan akhirnya gugur atau luruh dengan sendiri.
  3. Ambil lidi dan celupkan ke minyak yang panas. Selepas itu, titiskan ke bahagian ketuat.
  4. Sapukan daun kesum yang ditumbuk lumat dan dicampur dengan garam halus di bahagian ketuat. Lakukan selalu sehingga ketuat itu gugur sendiri.
Macam mana cara ketuat berjangkit? Untuk pengetahuan anda, ketuat ini berjangkit melalui darah yang datang dari ketuat tersebut. Memang ramai orang yang suka kacau ketuat dan cuba mencungkit keluar termasuk yang guna pemotong kuku sehingga ada keluar darah. Darah inilah yang boleh menyebabkan ketuat berjangkit ke bahagian kulit yang lain terutama ke bahagian kulit yang berdekatan.
Kalau anda hendak cuba cara hilangkan ketuat guna cara moden pula, anda boleh sahaja membeli ubat hilangkan ketuat di farmasi yang berdekatan.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment