Alhamdulillah. Akhirnya penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy Angie telah pun bergelar seorang muslim. Majlis lafaz syahadah telah dilakukan pada petang hari ini di Jabatan Agama Islam Johor Bahru ditemani oleh Akim dan ibu serta bapa kekasihnya. Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

Stacy dikatakan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Maklumat rasmi tentang berita gembira ini akan dimaklumkan oleh pihak Astro yang bakal mengadakan sidang media petang esok. Apa pun, jutaan kegembiraan dan selamat datang diucapkan kepada Stacy.

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat Stacy @ Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Amin. Sumber Mstar Online
PETALING JAYA: Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin.
Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.
Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.
Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan..
0 comments:
Post a Comment