Powered by Blogger.

Blog Archive

[SULIT] Pendedahan 10 Fakta Disebalik Penemuan Serpihan MH370 Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu.

[ SULIT ] : 10 Fakta Disebalik Penemuan Serpihan Rangka Pesawat MH370 Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu.

  • [TERKINI] Najib sahkan serpihan yang ditemui adalah milik pesawat MH370

    • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

      “Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370."

      “Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.
       malaysiakini.com
    • Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.

      Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.
       malaysiakini.com
  • 5 Ogos 2015, 3.00PM: Lebih banyak serpihan ditemui seperti tingkap pesawat...atau mesin jahit?

    • Menurut pakar, jika serpihan yang ditemui ternyata milik pesawat MH370, mungkin ada bahagian-bahagian lain pesawat yang sedang terapung di atas permukaan laut.

      John Page, seorang pakar reka bentuk pesawat dari University of New South Wales, berkata penemuan serpihan di Pulau Reunion itu meyakinkannya bahawa pesawat MH370, kemungkinan besar telah terhampas 17 bulan yang lalu.

      Beliau berkata, walaupun badan induk pesawat itu mungkin telah tenggelam, bahagian-bahagian kecil dan ringan yang lain mungkin sedang terapung dan masih boleh bertahan seperti kepak, lif, aileron dan kemudi.

      "Saya percaya banyak serpihan lain sedang terapung. Tetapi sama ada bahagian-bahagian ini telah hanyut ke mana-mana tempat itu soalan lain. Peluang untuk terhempas di atas sebuah pulau adalah amat rendah."
       news.com.au
  • 3 Ogos 2015, 9.00PM: Cebisan terbaru yang ditemui tidak ada kaitan dengan pesawat MH370

    • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, yang kini berada di Perancis untuk menganalisis 'flaperon' yang ditemui sebelum ini dalam satu temuramah dengan AFP, berkata serpihan terbaru itu adalah daripada sebuah ‘tangga domestik’ dan bukannya pintu pesawat.

      Polis tempatan juga telah menemui sekeping logam yang remuk dan tertulis dengan dua perkataan Cina, yang bersambung pada pemegang yang diperbuat daripada kulit.

      Serpihan, berukuran kira-kira 100-sentimeter persegi itu, telah diletakkan di dalam satu peti besi. Pengguna internet dari negara China berkata ia mungkin merupakan sebuah cerek.
       astroawani.com
  • 2 Ogos 2015, 7.00PM: Seorang pembersih pantai pernah menjumpai kerusi berwarna biru tiga bulan lalu

    • Nicolas Ferrier menceritakan, ketika menjumpai objek itu, ia dianggap sama seperti sampah-sampah lain yang hanyut dan terdampar di kawasan terbabit.

      "Saya tidak menyedari kepentingan mengenai kerusi tersebut hinggalah pada hari Rabu lalu menyedarkan saya," jelas Ferrier yang dipetik sebagai berkata kepada portal The Telegraph.

      "Ia merupakan sebahagian daripada rutin seharian saya untuk membersihkan kawasan pantai ini. Saya tidak tahu langsung apa signifikannya penemuan objek itu. Banyak barang serta objek lain yang terdampar di kawasan ini."

      "Saya membakarnya. Itulah kerja saya - pungut sampah dan kemudian membakarnya. Sama seperti kerusi itu, saya tidak tahu apakah ia. Saya duduk atasnya serta gunakannya sebagai meja. Saya tidak menyedari hal itu hingga saya melihat berita mengenai penemuan objek berkenaan," ceritanya lagi.
       astroawani.com
  • 31 Julai 2015, 7.00PM: Sah! Serpihan 'flaperon' yang ditemui adalah milik pesawat Boeing 777

    • "Ya, MAS (Malaysia Airlines) memberitahu saya bahawa beberapa bahagian di flaperon adalah dari Boeing 777, tetapi ia tidak bermakna bahawa ia milik MH370. Ini membuktikan bahawa flaperon itu tergolong dalam (Boeing) 777," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

      "Saya percaya kita hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," kata Aziz lagi.
       says.com
  • 31 Julai 2015, 5.00PM: Botol air China dan produk pencuci Indonesia ditemui selepas serpihan

    • Botol dan kanister ditemui selepas warga tempatan menemui beg pakaian remuk di Saint-Andre, tempat yang sama di mana kepak sayap ditemui.

      Kebanyakan mereka di atas pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Mac lalu adalah warga China, menambah lagi spekulasi kepak sayap yang ditemui itu milik pesawat MH370.

      Walau bagaimanapun, imej itu menunjukkan botol tersebut luntur warna dengan sangat sedikit, menjadikan orang ramai musykil sama ada ia boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777 tersebut atau tidak.
       says.com
  • 30 Julai 2015, 6.00PM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini

    • Baca kenyataan penuh di bawah:
       says.com
  • 30 Julai 2015, 2.30PM: Beg pakaian ditemui. mungkinkah milik penumpang pesawat MH370?

    • Pekerja lelaki yang menemui sebahagian sayap pesawat dipercayai jenis Boeing 777, hari ini menemui pula sebuah beg pakaian yang rosak teruk di pantai yang sama di Pulau Reunion.

      Menurut portal berita Le Journal La Reunion, Johnny Begue, ketua kumpulan pekerja 3E Association menemui bangkai pesawat yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 kepunyaan Malaysia Airlines, yang hilang sejak 8 Mac, tahun lalu.
       therakyatpost.com
  • 30 Julai 2015, 1.30PM: Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370:

    • 1. Serpihan sepanjang 2 meter itu ditemui di kawasan kepulauan La Reunion oleh "orang bersih pantai" yang terletak 6,000 kilometer sebelah barat dari kawasan pencarian MH370 di Lautan Hindi sebelum ini

      • Satu serpihan pesawat berukuran 2 meter panjang ditemui di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang lebih setahun lalu.

        Menurut laporan AFP, serpihan misteri itu kelihatan seperti bahagian sayap kapal terbang, dan ditemui sekumpulan mereka yang sedang membersihkan pantai, kelmarin.
         ismaweb.net
    • 2. Menurut sumber, serpihan yang ditemui itu mirip bahagian pesawat Boeing 777, model yang sama dengan pesawat MH370

      • Serpihan ditemui di barat Lautan Hindi barat itu dikatakan mirip sebahagian daripada sebuah pesawat Boeing 777, model yang sama dengan pesawat MH370 yang hilang pada tahun 2014, menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan.

        Sumber itu berkata terdapat unsur unik untuk flaperon Boeing 777, satu komponen sayap, yang pemerhati Boeing percaya dapat dilihat dalam foto.

        Pegawai Boeing menjalankan penilaian awal daripada serpihan yang ditemui menggunakan gambar-gambar. Sumber itu menegaskan pemerhatian baru di peringkat permulaan.
         says.com
    • 3. Terdapat satu set data bertulis B670 terpampang pada cebisan pesawat yang ditemui. Menurut pakar, data ini bakal merungkaikan misteri tentang dari mana sebenarnya serpihan itu datang.

      • Satu set nombor siri bertulis B670 didapati terpampang pada bahagian sayap yang ditemui itu. Ini boleh dijadikan petunjuk penting yang akan membolehkan pihak berkuasa untuk mengesahkan dengan cepat sama ada ia adalah sebahagian daripada pesawat MH370 atau tidak.

        Bekas penyiasat Biro Keselamatan Pengangkutan AS, Greg Feith berkata setiap pengeluar meletakkan tag data pada tiap-tiap bahagian di pesawat, termasuk skru. Ia boleh menjadi nombor bahagian, nombor siri, kod bar, atau maklumat lain.

        "Dengan adanya tag data, ia akan memudahkan kerja pemadanan sekaligus mengenal pasti jenis pesawat," ujar Feith

        Martin Dolan, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang telah menyelaraskan usaha pencarian pesawat MH370 di luar pantai Australia Barat, berkata data itu dapat dikenal pasti "mungkin dalam masa 24 jam".
         says.com
    • 4. Serpihan itu juga dilaporkan mungkin telah berada di lautan selama lebih setahun kerana diselaputi kulit kerang, menguatkan lagi kemungkinan bahawa ia adalah milik pesawat MH370

      • Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat MH370. Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi.

        Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan.

        "Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan. Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370.

        "Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya.
         bharian.com.my
    • 5. Susulan dari penemuan misteri ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai segera menghantar satu pasukan dari Malaysia untuk pergi menyiasat dengan lebih lanjut

      • "Apa sahaja cebisan yang ditemui perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum kami boleh umumkan bahawa ia adalah milik MH370. Kami telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat isu ini dan kami berharap kita boleh mengenal pastinya secepat mungkin," kata Tiong Lai.
         says.com
    • 6. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang konklusi kerana pengesahan lanjut belum lagi dikeluarkan secara rasmi. Ia bakal mengambil masa beberapa hari untuk disiasat.

      • Masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada serpihan yang dijumpai di Pulau La Reunion itu boleh menjadi sebahagian daripada bangkai pesawat MH370, yang hilang di perairan Malaysia pada bulan Mac 2014.

        "Orang ramai membuat spekulasi lebih awal terhadap perkara ini," kata Eric Chesneau, seorang pegawai polis pengangkutan udara daripada wilayah Perancis Lautan Hindi, sebagai tindak balas kepada spekulasi di media sosial. "Ia hanya serpihan kapal terbang, tetapi kita tidak tahu lagi bahagian itu milik pesawat mana."

        Namun begitu, seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan memberitahu, penyiasat keselamatan udara, termasuk dari Boeing, mempunyai "tahap keyakinan yang tinggi" bahawa serpihan itu adalah salah satu komponen unik sayap kepada jenis pesawat Boeing 777.
         says.com
    • 7. Sementara itu juga, terdapat dua insiden kemalangan pesawat yang direkodkan sebelum MH370 di kawasan perairan berhampiran pulau La Reunion iaitu pada 2006 dan 2009

      • Kemalangan yang paling baru berlaku berhampiran Pulau La Reunion ialah pada 5 Mei 2006, apabila sebuah pesawat enjin berkembar terhempas ke dalam laut di seberang Lapangan Terbang Pierrefonds di pantai barat daya pulau ini.

        Satu lagi ialah pada tahun 2009 membabitkan kemalangan pesawat Yemenia 626, yang terhempas ketika sedang mendarat di Comoros, sebuah kepulauan di luar pantai barat laut Madagascar.

        Gerard Feldzer, bekas juruterbang Air France, berpendapat adalah mustahil untuk memberi kata muktamad berdasarkan gambar yang diterima. Menurutnya, analisis perlu dilakukan pada logam dan cat untuk menentukan umur dan lain-lain butiran pesawat.
         says.com
    • 8. Serpihan itu dilaporkan telah dibawa ke Perancis dan pasukan penyiasat telah mula melakukan kerja-kerja forensik.

    • 9. Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi memastikan laporan mengenai penemuan ini. Mereka kini sedang menunggu pengesahan dari pihak forensik.

      • “Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini,” kata MAS dalam kenyataan medianya.

        Ia merujuk kepada penemuan serpihan pesawat berukuran 2 meter panjang di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi, semalam..
         freemalaysiatoday.com
    • 10. Jika benarlah serpihan ini milik pesawat MH370, ia akan menjadi petanda pertama sejak kehilangannya pada Mac 2014

    • [TERKINI] Beg Pakaian Ditemui. Mungkinkah Milik Penumpang Pesawat MH370?

      • Laporan menyusul lagi

      PENAFIAN: KESEMUA BUTIRAN DAN MAKLUMAT BERITA INI ADALAH DISALIN DARIPADA LAMAN WEB SAYS.COM DENGAN SETIAP MAKLUMAT DILINKKAN KEPADA WEB ASAL.SEBARANG KETIDAKSAHIHAN MAKLUMAT ADALAH DILUAR TANGGUNGJAWAB KAMI.

      About Unknown

      This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
        Blogger Comment
        Facebook Comment

      0 comments:

      Post a Comment