Pelawak veteran yang terkenal dengan lakonan dalam filem Anak Mami, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi.
Menurut seorang anggota keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.
Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Mamu Maidin itu meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim, 5 anak serta tiga orang cucu.
Allahyarham yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang itu mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur dan pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. – Bernama, 13 Ogos, 2014.
Sepanjang kerjayanya, Allahyarham selalu digandingkan bersama pelawak, Pie dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anaknya serta tiga cucu.
Di media sosial, rata-rata peminat terkejut dengan berita ini serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anaknya serta tiga cucu.
Di media sosial, rata-rata peminat terkejut dengan berita ini serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
0 comments:
Post a Comment