Powered by Blogger.

Blog Archive

[ TAMAT ] Perkhidmatan Bas Ekspres Di Hentian Pudu Raya Bakal Ditamatkan.


KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan bas ekspress di hentian Pudu Sentral atau lebih dikenali sebagai Hentian Pudu Raya bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan perkara ini ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri anjuran agensi itu di sini pada Khamis.

Memetik laporan mStar Online, penutupan operasi perkhidmatana bas ekspress di Pudu Sentral ini adalah bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang amat teruk berlaku di Kuala Lumpur ini terutamanya pada hari puncak.

“Kita mendapati timbul pelbagai masalah seperti berlaku kesesakan dan bas ekspres jenis dua tingkat juga tidak dapat memasuki ruang pengambilan penumpang kerana laluan keluar masuk yang agak sempit.

“Jadi untuk mengatasi kesulitan itu, kesemua perkhidmatan bas ekspres jarak jauh ini akan dipindahkan ke TBS-BTS (Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan) secara berperingkat,” katanya kepada pemberita.


Bagaimanapun perkhidmatan Bas ekspress jarak dekat masih lagi beroperasi di hentian Pudu Sentral seperti biasa kerana bilangannya tidak begitu banyak.

“Bas jarak dekat masih lagi ada (di Pudu Sentral). Notis pemindahan ke TBS-BTS ini sebaliknya hanya melibatkan semua operasi bas ekspres jarak jauh.”

“Pengusaha perkhidmatan bas ekspres sudah dimaklumkan mengenai notis pemindahan tersebut. Saya rasa tidak timbul isu kerana TBS-BTS mampu menampung banyak bas dalam satu-satu masa,” katanya lagi.

Menurut MStar Online lagi, pengusaha bas ekspres di Pudu Sentral perlu menyegerakan pengosongan tapak depoh kenderaan awam tersebut di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Proses pemindahan dari tapak tersebut yang terletak bersebelahan dengan kompleks ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu sudah pun berkuatkuasa 15 Jun lalu sehingga hujung tahun ini.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment