Walaupun kami tidak menyebut siapakah gerangan artis tersebut, ramai pembaca boleh meneka pelakon itu ialah Fizz Fairuz. Bermacam-macam komen daripada orang ramai yang mengutuk perbuataan curang Fizz bersama aktres baharu yang bernama Fara Mendoza.
Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar. Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya.
Namun, Fara sedar bahawa tindakan beliau itu adalah satu langkah yang kurang bijak selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong bahawa perkara sebegitu boleh mengundang kontroversi seperti sekarang.
Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fara dan Fizz mula mengenali antara satu sama lain ketika wanita berkenaan menemani Emma di lokasi penggambaran drama Hantu Rumah Sakit Jiwa. Dari situ Fizz mula mengatur langkah untuk mengorat Fara.
Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi. Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu.Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi.
Pada kami, kalau dari awal Fara tidak mahu ada kena mengena dengan Fizz pasti beliau dah menepis perkara tersebut daripada berlaku. Kalau sudah mula langkah sama-sama melayan tu memang payah la, ibarat anda sudah bagi greenlight untuk beliau goda anda. Sekarang nak menyesal buat apa?
Sumber Berita: mStar Online
0 comments:
Post a Comment