Powered by Blogger.

Blog Archive

[ SEDIH ] Kisah Perjuangan Badhri Radzi Yang Pasti Membuat Anda Menangis.Kelantan Bertuah.

Air mata seorang kapten.

Nama Penuh:Mohd Badhri Bin Mohd Radzi
Nama Panggilan:Piya
Tarikh Lahir:2 June 1982
Tempat Lahir:Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Sekolah Rendah:Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan.
Sekolah Menengah:Sekolah Menengah Putera, Kota Bharu, Kelantan.
Posisi Permainan:Midfielder
Hobi:Mengumpul but bola & Memancing

Berat:60 kg
Tinggi:175 cm
Nombor Jersi:16
Pasukan: Kelantan JPS - 2004TNB - 2005
Kelantan FA - 2006
PDRM - 2007
Kelantan FA - 2008-2013

Ini adalah kekalahan kedua Kelantan sejak berada dibawah pimpinan jurulatih sementara, Zahasmi Ismail. Pada kami, ia bukan bermakna prestasi pasukan Kelantan semakin merosot tetapi berdepan dengan pasukan yang berada dalam prestasi yang lebih baik sudah tentu lebih mencabar.
Luahan Norfarhan bila Kapten Kelantan Badri Radzi menangis kalah kepada Pahang – Apatah lagi skuad Kelantan terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat serta krisis kecederaan pemain menambahkan beban pasukan untuk terus memberikan persembahan terbaik.
Jika pada Sabtu lepas Kelantan kalah 2-1 kepada Terengganu, semalam mereka sekali lagi terpaksa tunduk 5-3 dengan kelebihan Pahang yang memiliki jentera serangan yang lebih kemas.
Sebagai penyokong, sudah tentu ada yang tidak berpuas hati dengan kekalahan demi kekalahan itu. Namun apakan daya, mereka sebagai pemain ternyata sudah berikan yang terbaik. Cuma beberapa kesilapan mudah yang membuatkan bebanan pasukan bertambah.
Apapun, sebagai penyokong sejati, apa yang penting untuk seseorang pemain adalah kata-kata semangat. Begitu juga dengan Kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi. Tidak dinafikan prestasi beliau memang sangat merosot pada musim ini.
Tetapi memang tidak adil sekiranya pelbagai kata-kata cacian dan makian terus dilemparkan kepada beliau sedangkan beliau sudah berusaha habis-habisan.

Dapat kita lihat wajah kecewa Badri atau dikenali dengan panggilan Piya setelah kalah semalam. Ada satu page Facebook sempat kongsikan foto kesedihan Piya dan catatan kekecewaan dengan apa yang berlaku.
Air mata seorang “Kapten Marvel”
Sakitnya di saat menanggung perit zaman kejatuhan. Sedarlah wahai peminat bola sepak, hargai mereka, hargai setiap pemain pasukan anda. Teruskan menyokong.
Itulah nasib pemain bola sepak. Tak selamanya dipuja. Tak selamanya di atas. Ingatlah, mereka juga punyai hati dan perasaan. Pada2 dlm setiap baris kata.
“Betapa perit jatuh tanpa ada tangan yg menghulur malah makin menolak jatuh saat cuba bangkit.”
Terpanggil dengan catatan tersebut, penyerang Kelantan Norfarhan yang menjaringkan hatrik semalam meluahkan juga isi hatinya sebagai pemain pasukan Kelantan. Ternyata, para pemain Kelantan sangat kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan kepada mereka.
Klau anda smua xtrima kklahn kmi,jgn skong@puji ktika kmi menang….adat prmainan ad mng ad klah,kmi bt y trbaik..anda smua sdih lhat kpten piya mnnggis,kmi spasukan lg sdih cz xmnang game mlm td utk mngutip 3mata kpd klntan….
Harap semua pemain Kelantan tabah dan berusaha lebih gigih untuk terus membantu pasukan mencatatkan kejayaan diperlawanan akan datang. Cemuhan peminat bukan kerana benci, mungkin cuma kecewa dengan kekalahan tersebut. Tukarkannya dan jadika ia sebagai pembakar semangat anda.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment