Powered by Blogger.

PANAS!!! VIDEO Luc@h Three-some Artis Baru Atikah Suhaime, Ammar Alfian Dan Idris Khan Tersebar.



Nama Idris Khan masih baru dalam dunia lakonan, tetapi jika anda perasan, dia pernah menyertai dan berjaya ke final pertandingan Hero Remaja 2008 bersama Kamal Adli yang memenangi pertandingan itu serta Fizo Omar.
Baru enam bulan bergelar pelakon, Idris memberitahu dia enggan melatah dengan kontroversi video lucah threesome kononnya menampilkan dia, Ammar Alfian dan Atikah Suhaime. Menyifatkan gosip itu dugaan sebagai pelakon, Idris memberitahu mStar Online:
Cerita tentang video lucah itu merepek dan kalau ia benar wujud saya pun nak tengok kesahihannya sebagai bukti.
Setakat ini, ia hanya fitnah sahaja dan orang yang kenal saya termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat tahu saya seorang yang bagaimana.
Ahad lepas, Berita Harian melaporkan terdapat satu rakaman video lucah gandingan tiga pelakon dan nama Idris turut dikaitkan selepas itu.
 photo 11327356_1071796046166095_518747130_n.jpg
Namun begitu, gosip itu tidak menjejaskan tawaran lakonan yang diterimanya, manakala ahli keluarga dan kawan-kawan banyak menasihatkannya untuk bersabar:
Kalau saya melatah dan marah dengan orang yang buat cerita pun tiada guna juga, biar orang nak cakap apa. Ibu saya juga ada bertanya hal ini dan menasihatkan saya agar tidak mudah melatah jika ia tidak benar.
Saya bersyukur kerana kontroversi ini tidak pun menjejaskan tawaran-tawaran drama saya terima di beberapa stesen televisyen.
Baru-baru ini juga, Idris dibidas oleh seorang penerbit Radio Telesyen Malaysia (RTM) melalui akaun Facebooknya kerana menolak untuk muncul dalam rancangan terbitan stesen itu setelah bersetuju, sebaliknya muncul dalam rancangan stesen televisyen lain. Idris menafikan dia menolak untuk muncul dalam rancangan RTM kerana menjayakan program di stesen televisyen itu.
Program RTM itu sebenarnya saya sudah terima, namun saya tarik diri selepas mereka mahu saya menyanyikan lagu daripada penyanyi Black.
Saya tidak tahu menyanyi dan kalau saya terima tentu akan dikeji oleh penonton kerana suara saya tidak sedap untuk menyanyi. Berkenaan program stesen televisyen TV3, saya bersetuju untuk mengikuti program mereka tiada kena mengena dengan isu penolakkan program RTM itu.
Menurut Idris dia tidak pernah memilih atau mengamalkan favoritisme untuk muncul di mana-mana stesen televisyen.

 photo 12141935_531432980339624_1297256027_n.jpg

Jika anda mahu menonton bakat lakonan Idris, drama bersiri lakonannya, Uda dan Dara ditayangkan di Astro Ria setiap Rabu, pukul 9.10 malam, bermula 12 Oktober lalu. Dia juga pernah muncul dalam drama ‘Abang Sado, Kau Hado?’ sebelum ini.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment