Powered by Blogger.

Blog Archive

[ SEDIH ] Al-Fatihah Buat Hazami Penyanyi Popular Lagu Sonata Musim Salju 2002.








ALFATIHAH UNTUK PENYANYI HAZAMI BUKAN FITNAH TAPI SALAH FAHAM. Kecoh semalam hampir viral jugak screenshot salah satu fanpage yang macam nama anak che ta & zain je. Aku pun lupa apa nama fanpage tu.. Ingat tang Aaisyah rania.. bla.. bla.. gitu la bunyi. Kecoh bila Admin fanpage tu post  mohon peminat penyanyi & komposer Hazami.. sedekahkan alfatihah untuk beliau. Caption dia tu ada juga minta peminat & ahli keluarga Hazami bertabah.

Memang caption mengundang salah faham tapi kita tetap tak boleh judge dia memfitnah sebab tiada unsur2 fitnah pun kat situ. Dia just minta sedekahkan Alfatihah je takde statement hazami meninggal dunia pun.Sedangkan kita diajar untuk sedekahkan al-fatihah bukan sahaja kepada saudara kita yang telah meninggal dunia sebaliknya untuk yang ditimpa musibah juga.FAHAMKAN!!

Memang la post macam tu mengundang salah faham.. ada yang ucap  Innalillahiwainnalillahirojiun lagi. Aku memula baca macam terkejut jugak. Bila aku baca balik... Takde pulak mention pasal mati atau apa2 yang berkaitan dengannya. Just status minta sedekahkan alfatihah jer tapi yang membaca & cuba viralkan post tu sebenarnya salah faham. Yelah.. zaman media sosial asal dengar berita kematian jer.. Terus taip Al Fatihah... Padahal kita di ajar bila dengar berita kematian atau musibah pertama sekali ucapkanlah  Innalillahiwainnalillahirojiun bukan sedekahkan Al fatihah.

Lepas tu nak tuduh admin fanpage tu sebar fitnah bagai. Bila masa dia tulis penyanyi Hazami meninggal dunia.. Yang di tulis Al fatihah untuk hazami. Yang sebar fitnah adalah mereka yang menviralkan status tu sebab salah faham tentang Al fatihah yang di sedekahkan untuk hazami. Apa kau ingat Alfatihah boleh sedekah untuk orang mati je ke? Kita boleh sedekahkan Al fatihah untuk sesapa je.. Tak salah pun.

Inilah salah faham tersebar nitizen.. Asal taip Al Fatihah.. mesti tanya siapa meninggal?? Dah sinonim.. kalau Al Fatihah je mesti untuk orang mati. Lepas ni meh la kita reramai serbu rumah ustaz atau majlis2 agama belajar balik supaya kita takde la mengelabah bila orang sedekahkan Alfatihah kat orang yang masih hidup.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment