Powered by Blogger.

Blog Archive

[ SEDIH ] Takziah Buat Pelakon Dan Pelawak Veteran Pak Pie.


Takziah buat pelawak veteran Pak Pie yang difitnah telah meninggal dunia sedangkan masih lagi belum meninggal dunia.
Pelakon dan pelawak veteran Pak Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar nyata kesal dengan khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia.
Khabar angin itu tersebar di media sosial yang mendakwa Pak Pie telah meninggal dunia nyata tidak benar dan beliau masih menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB), hari ini.


Menurut laporan Harian Metro, Pak Pie, 84, dikejarkan ke HKB pad ajam 2 pagi semalam selepas mengadu kesejukan dan badannya menggeletar.
Dia kemudiannya dimasukkan ke wad berikutan jangkitan pada paru-paru dan masih menerima rawatan.
“Tolong hentikan khabar angin dan sebaliknya doakan kesihatan saya,” katanya di HKB, hari ini.
Berita ‘kematian’ Pak Pie menjadi viral di media sosial sejak awal pagi tadi membuatkan ramai yang percaya pelawak popular itu telah kembali ke Rahmatullah.
Admin Detik Buletin mengharapkan agar Pak Pie cepat sembuh seperti sedia kala.Dan jika boleh kembali berlakon kerana bagi admin sendiri sangat merindui telatah kelakar Pak Pie.Amin.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment