Powered by Blogger.

[SAYU] Warga Emas Maut Digilis Lori Ketika Pulang Dari Membeli Tali Pinggang Suami


 Bayan Lepas: Seperti kebiasaan, Yusoff Bidin, 73, menunggang motosikal bersama isterinya, Samsiah Hassan, 69, untuk urusan seharian termasuk ke kedai namun hari ini, pasangan warga emas itu tidak bernasib baik apabila maut digilis lori simen di Bayan Baru di sini. 

Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mereka dalam perjalanan pulang dari Sungai Ara ke rumah mereka di Balik Pulau, dekat sini, selepas membeli tali pinggang Yusoff dan keperluan lain. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, kemalangan berlaku di satu persimpangan lampu isyarat apabila pasangan berkenaan terjatuh ke atas jalan dari motosikal ketika lampu isyarat bertukar hijau menyebabkan mereka dilanggar lori simen berkenaan. 

Menurutnya, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian dan mayat dihantar dan bedah siasat di Hospital Balik Pulau mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di badan dan kepala. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara dan denda. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau balai polis berhampiran.



-hm0

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment