Powered by Blogger.

Blog Archive

Punca Sebenar TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor

tmj letak jawatan penyokong jdt akur dengan keputusan

TMJ Letak Jawatan, Penyokong JDT Akur Dengan Keputusan

4,489
Keputusan Tengku Mahkota Johor,  Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor benar-benar mengejutkan ramai pihak khususnya peminat setia bola sepak tempatan serta pengikut setia setia pasukan JDT yang selama ini dinaungi Tunku Mahkota Johor tersebut.
Sekaligus ia telah mengundang pelbagai spekulasi bahawa pengunduran TMJ itu ada kaitannya kemelut politik bola sepak yang hingga sekarang masih tiada kesudahannya.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Fahmy Yahya melalui Facebook Johor Southern Tigers kira-kira pukul 6 petang pada Ahad.
Serentak itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dilantik sebagai pengganti.
Tambah kenyataan itu lagi, segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak negeri johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan.
"Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan," kata kenyataan itu lagi.
Penyokong JDT menyokong penuh dengan keputusan Tunku Ismail dan pelbagai ucapan serta tanda sokongan mereka dikongsikan menerusi Facebook Johor Southern Tigers.
Mereka menyifatkan Tunku Ismail sebagai seorang individu yang berwibawa dan berdaya maju dalam mengubah corak pembangunan bola sepak negeri ke tahap memberangsangkan.
 
 
 
Artikel Ini Disiarkan Pada, Isnin 13 Julai 20

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment