Powered by Blogger.

Blog Archive

KELAKAR!! 5 Perkara Pelik Dan Lucu Ketika Perlawanan Malaysia Vs Liverpool (24 Julai).

Pasukan pilihan Malaysia telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengikat kedudukan seri 1-1 menentang kelab terkemuka England, Liverpool pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Skuad Pilihan Malaysia beraksi dengan baik sekali gus tidak mengecewakan penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil.  Malah pilihan Malaysia mengejutkan Liverpool apabila membuka tirai jaringan gol seawal minit ke-13 menerusi penyerang import PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh.

Bagaimanapun kegembiraan pilihan Malaysia tidak kekal lama selepas pemain sayap Liverpool, Jordan Ibe berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 apabila membuat rembatan menarik yang menerjah penjuru pintu gol pasukan pilihan Malaysia. Keputusan itu kekal hingga ke wisel penamat.

Namun begitu telah berlaku perkara pelik lagi aneh ketika perlawanan Pilihan Malaysia lawan Liverpool itu.

1. Penyokong dari luar negara turut menyokong pasukan Pilihan Malaysia. Lihat reaksi mereka.. Gelak sakan!

Foto - myMetro

2. Kecederaan yang dialami pemain Liverpool, Lucas Leiva sebentar tadi.


3. Wajah pengurus Liverpool FC, Brendan Rodgers bagai tidak percaya bahawa pasukan diterajui Pablo Dollah Salleh menyekat pasukan Liverpool 1-1. Wow! Amazing gituu...


4. Goalkeeper Liverpool terpaku melihat goal magic dari Patrick Ronaldinho.


5. Pemain Liverpool hanya disediakan kerusi plastik


About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment