Cinta Sharnaaz Ahmad Terhadap Hanis Zalikha Tidak Disambut?
97,375 views
Awalnya, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak memahami mengapa pengacara Hanis Zalikha tidak mahu menyambut perasaan cintanya dan membiarkan dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.
Akhirnya, dia menyedari bahawa Hanis terlebih dahulu telah memberikan hati dan cintanya kepada seorang pelakon antarabangsa yang berasal dari Jepun, Shogen.
Pengakuan Sharnaaz Ahmad ini pasti membuatkan anda semua tersentak. Jangan risau kerana secara realitinya, kejadian tersebut merupakan antara adegan yang terkandung dalam drama bersiri terbaru siaran Astro Bella, Kutinggalkan Cinta di Okinawa (KCDO).
Menerusi drama bersiri tersebut, watak Alisa lakonan Hanis telah jatuh cinta kepada Shun (Shogen), seorang jurulatih seni bela diri karate. Tanpa Alisa sedari, Rykal (Sharnaaz) juga menaruh minat terhadap Alisa.
Menggabungkan empat elemen dalam satu garapan hebat, drama bersiri ini memaparkan jalan cerita asal yang lari daripada trend popular drama adaptasi novel.
"Drama bersiri ini sangat unik kerana menggabungkan empat elemen dalam satu garapan jalan cerita. Elemen seperti kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan seni bela diri membuatkan drama bersiri ini lain daripada sebelumnya.
"Selain itu, jalan cerita drama bersiri ini juga merupakan karya asal dan bukannya adaptasi dari mana-mana novel," kata Natasha Hashim selaku Pengurus Saluran Astro Bella.
Selain itu, KCDO juga bakal menarik perhatian penggemar drama bersiri di luar sana kerana ianya merupakan gandingan antara pelakon tempatan dan pelakon antarabangsa.
"Hampir 45 peratus penggambaran drama bersiri ini mengambil tempat di Okinawa, Jepun. Drama bersiri ini juga sangat menarik kerana menggabungkan pelakon Malaysia bersama pelakon antarabangsa, Shogen Itokazu.
"Sebelum ini, Shogen pernah membintangi siri Street Fighter: Assassin's Fist," kata Natasha lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri gandingan mantap Hanis Zalikha, Sharnaaz Ahmad, Shogen dan ramai lagi pelakon terkemuka yang bakal menemui penonton bermula Rabu, 5 Ogos di Astro Bella (Saluran 133).

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 8 Julai 2015
0 comments:
Post a Comment