Powered by Blogger.

Blog Archive

Al-Fatihah Buat Anak Saudara Rozaimi,Pemain Bola Sepak Muda Negara..AL-FATIHAH.

ANAK SAUDARA ROZAIMI,FARRIS AKHIRNYA KEMBALI KE RAHMATULLAH.
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit dengan kemalangan pada pukul 1.30 petang Isnin.

Ketika kejadian penyerang pasukan Sabah itu bersama anak saudaranya,Farris iaitu bintang muda dikatakan dalam perjalanan ke untuk menjalani latihan pada sebelah petang.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi nahas, kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan terbalik dan berpusing beberapa kali berhampiran di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao di Likas.
Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Affendy K Ramin berkata dalam satu kenyataan, kedua-dua lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.
Rozaimi antara salah seorang penyerang muda prolifik negara yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Harapan Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.
Malah pemain yang baharu menyambut kelahiran ke-23 tahun pada 11 Jun lalu merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Kelayakan Piala AFC B-22 di Myanmar dengan 10 gol pada tahun 2012.
SUMBER : MSTAR.COM.MY

KOTA KINABALU - Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra dipetik sebagai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.
"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.
"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Md. Rozaimi dikatakan sudah sedarkan diri dan boleh bercakap serta dilaporkan stabil.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta jenis Honda Civic yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda itu dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.
Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah dibahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.

SUMBER: SINAR HARIAN 6 JULAI -->> http://www.sinarharian.com.my/semasa/anak-saudara-rozaimi-meninggal-dunia-1.408250


AL-FATIHAH BUAT MOHD FARRIS..SEMOGA ROHNYA TENANG DISANA DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG YANG BERIMAN.

AL-FATIHAH JUGA BUAT ROZAIMI YANG MASIH DITIMPA MUSIBAH..SEMOGA CEPAT SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA,.

AL-FATIHAH MERUPAKAN DOA YANG TERBAIK..BUKAN SAHAJA UNTUK KEMATIAN MALAH UNTUK MENDOAKAN ORANG SAKIT ATAU DITIMPA MUSIBAH JUGA.

GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN ROZAIMI.


About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Jangan buat berita palsu..
    kalau musibah, bukan baca al-fatihah tapi baca inna lillah wa inna ilaihi raji'un.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatiha boleh disedekah pd org yg masih hidup..utk diri sendiri pun boleh ..x slh pun nk sedekah fatihah org yg kene musibah.

      Delete