Powered by Blogger.

Blog Archive

AL-FATIHAH Buat Bapa Pelakon Cantik Jue Aziz.Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Yang Beriman.



AL-FATIHAH BUAT PELAKON CANTIK JUE AZIZ DAN KELUARGA YANG BARU KEHILANGAN BAPA BELIAU PETANG TADI..SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Kuala Lumpur: “Saya terkilan sebab belum mengandung lagi dan bapa tidak sempat tengok cucunya,” luah pelakon Jue Aziz mengesahkan berita kematian bapanya Abdul Aziz Maidin pada petang tadi akibat serangan jantung.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 32, berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap Allahyarham yang pelik terhadap mereka adik-beradik pada Hari Raya baru-baru ini adalah petanda bapanya akan pergi untuk selama-lamanya.

“Abah berkelakuan agak pelik kebelakangan ini sebab dia macam merajuk dengan kami semua. Rupa-rupanya abah hendak pergi (meninggal) patutlah dia jadi sensitif dan merajuk dengan anak-anak.
“Kali terakhir saya berjumpa arwah pada malam tadi (semalam) di hospital. Dia buka-buka mata saja dia peluk saya. Saya dan adik-beradik sempat minta maaf, namun saya reda sebab doa saya agar abah pergi pada hari dan waktu yang baik ditunaikan Allah,” katanya.

Bapa kepada pelakon filem Hantu Bonceng itu meninggal dunia pada petang semalam di sebuah hospital di Seremban akibat serangan jantung. Allahyarham berusia 67 tahun.

Menurut Jue, kematian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana bapanya hanya menghidap kencing manis dan darah tinggi sebelum ini.

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan Nilai pada malam tadi.

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro Online pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 8:31 PM

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. dah knape tajuk tu? aku ingat jue aziz yg pergi, agak2 la admin pun

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. awal nye 1 ogos.....jam bru kul 11 rse nye

      Delete
  3. al fatihah buat admin yg akan pergi mungkin x lame lg

    ReplyDelete
  4. Adsalamualikum... Innalillah... Admin meniggal

    ReplyDelete