Powered by Blogger.

(AL-FATIHAH) Takziah Buat Pelakon Dan Penyanyi Tomok Indrawan.

MALANG menimpa pelakon dan penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail apabila disahkan patah bahu kiri akibat terjatuh ketika sedang bermain bola sepak, pada petang Jumaat.

Memetik laporan mStar Online, kakaknya, Ismaliza Ismail memaklumkan, Tomok kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Tomok dibawa menaiki ambulans ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.
“Setakat ini selepas pemeriksaan x-ray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi kemas kini laman Instagram, Tomok dilihat memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.

“Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk… masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.
“Lepas x-ray, doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi,” tulisnya.
Diharap, semoga Tomok cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment