Powered by Blogger.

GEMPAR!! Penyanyi Zamani Slam Melarikan Diri Dari Rumah Pengasih.

Baru sahaja kita menerima berita gembira bahawa Zamani Slam sedang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah dengan baik sehingga badannya kini sudah berisi sikit, tiba-tiba penyanyi itu dilaporkan sudah melarikan diri dari Rumah PENGASIH  sekitar jam 10.26 malam semalam.
Menurut Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, Zamani telah menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua lagi individu yang tidak dikenali selepas melihat rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan pusat pemulihan berkenaan.
Atas kesalahan tersebut Zamani juga diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Erm memang ada banyak halangan ketika hendak menjadi lebih baik, kami sangat berharap agar Zamani tidak tertipu daya lagi dengan pengaruh negatif dan mengulangi kesilapan beliau sebelum ini.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment