Powered by Blogger.

Blog Archive

Takziah Buat Atu Kumpulan Zero, Juara Maharaja Lawak Mega 2014.


Kediaman di kampung halaman kumpulan Zero yang terletak di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam (Selasa). Selain itu, 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.
Rumah-Keluarga-Zero-Hangus-Terbakar---ROTIKAYA
Sementara itu, pengurus kumpulan tersebut, Shafeeqa Johari memberitahu, semua ahli kumpulan Zero kini sudah berada di kampung tersebut dan kini mereka bersama penduduk kampung yang lain kini sedang giat mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk meringkan beban 69 keluarga terlibat.
“Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut,” katanya.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.
Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491 - ROtikaya

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment