Powered by Blogger.

Blog Archive

WAJIB BACA!! Hukum Keluar Air Mani Ketika Berpuasa Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu.



Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekelian, terima kasih kerana mengunjung blog ini dan saya sangat menghargai anda semua. Dalam melaksanakan ibadah puasa ini banyak pantang larang yang perlu dilalui oleh semua muslimin dan muslimat. Kalau melanggarnya maka puasa akal terbatal atau mengurangkan pahala puasa.

Kesempatan ini saya ingin membahaskan secara ringkas sahaja tentang orang yang keluar mani ketika waktu puasa (terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari).

 Air mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. Maka hal ini tidak membatalkan puasa. Keluarnya mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana ia memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa. Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

Ciri-ciri Keluarnya Mani

* Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung  
   diuli.
*Keluar dengan keadaan syahwat dan mengairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah. *Keluarnya memancut atau meleleh.
*Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat.
*Air mani wanita warnanya kuning dan agak cair sedikit.

Cara Ganti Puasa Bagi Orang 0nani Ketika Puasa 

Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan ia ganti kembali puasanya yang batal disebabkan 0nani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah. BACA :Cara Bayar Fidyah.

Cara Ganti Puasa Orang Bersetubuh Di Siang Ramadhan 


Orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang bulan Ramadhan dikehendaki meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Menurut pendapat dari Mazhab Syafi’i orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang hari puasa, batal puasanya dan ia perlu membayar kifarah atas perbuatannya tersebut.

 Pendapat ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah bahwa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata : ”Aku telah celaka wahai Rasulullah.
Baginda menjawab : Apa yang membuatmu celaka?
Orang itu berkata : Aku telah menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan.
Baginda bertanya : Adakah kamu memiliki sesuatu untuk membebaskan hamba?
Orang itu menjawab : Tidak.
Baginda bertanya : Sanggupkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?
Orang itu berkata : Tidak.
Baginda bertanya : Apakah kamu memiliki sesuatu untuk memberikan makan enam puluh orang miskin? Orang itu menjawab : Tidak.
Kemudian Baginda terdiam beberapa saat hingga didatangkan kepada Baginda setangkai kurma dan berkata : Ambil kurma ini sedekahkanlah ia.
Orang itu berkata : Adakah orang yang lebih miskin dari kami. Maka tidak ada tempat diantara dua batu hitam penghuni rumah yang lebih miskin dari kami. Lalu Baginda pun tertawa hingga terlihat gigi garhamnya kemudian berkata : Pegilah dan berikanlah ini kepada keluargamu.” (Riwayat Jamaah)


Berdasarkan hadis ini, orang yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan dikenakan kifarah seperti memerdekakan hamba, berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, memberi makan 60 orang fakir miskin. Zaman sekarang ini tiada lagi hamba abdi untuk dimerdekakan, maka di sini berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dikenakan kepada yang berkemampuan untuk puasa. Maksud kemampuan puasa adalah puasanya tidak memudharatkannya. Jika ia tidak mampu, maka cukup dengan memberi makan 60 orang fakir miskin.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment