Sebab Tandatangan RM1 Aisyah Bernilai
Kenapa duit RM1 Aisyah ini menjadi buruan dan nilainya tinggi? Duit RM1 Aisyah ini sememangnya dianggapkan mempunyai misterinya sendiri kerana keunikan sejarahnya yang menyebabkan harganya menjadi tinggi sehingga mencecah harga melebihi RM10 000.00.
Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak dicawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana cawangan ini sempat menerima arahan membatalkan pengedarannya. Kesemua Duit RM1 yang ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini diarahkan ditarik balik sertamerta dan wang RM1 Aisyah ini dimusnahkan dan diganti dengan prefix Replacement ZB. Hanya RM1 Aisyah ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix seperti berikut:
CR 720 0001 - CR 720 9999 [ prefix pemulaan ]
CR 721 0001 - CR 721 9999
CR 722 0001 - CR 722 9999
CR 723 0001 - CR 723 9999
CR 724 0001 - CR 724 9999 [ prefix terakhir ]
Daripada fakta ini Duit RM1 Aisyah ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada pengunaan umum adalah bejumlah kira-kira dalam 50,000 keping sahaja dimulai dengan prefix CR720, CR721,CR722, CR723 dan CR724. Dan ini bermakna juga bolehlah dikatakan bahawa prefix yang dimulai CR720 adalah first prefix dan CR724 adalah last prefix untuk Duit Aisyah yang masih ada tertinggal sekarang ini.
CR 720 [ first prefix ]
CR 721
CR 722
CR 723
CR 724 [ last prefix ]
Disebabkan itulah duit ini begitu menjadi buruan dalam kalangan pengumpul wang kerana dikategorikan sebagai barang 'rare'. Barang yang tidak banyak keluarannya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment