Powered by Blogger.

Blog Archive

[ AL-FATIHAH ] Imam Muda Asyraf Maut Terkena Parang Terbang Ketika Korban Lembu.


Pada 24/9/15 jam lebih kurang jam 11 pagi. bertempat di Surau Taman BCB Yong Peng, Johor Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih. 

Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan. 

Ketika lembu berkenaan mau disembelih, tetiba lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercampak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati. 

Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng untuk mendapatkan rawatan.

 Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia.

 Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI 

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment